Salam Aidiladha 1447H

posted in: Umum | 0

Aidiladha bukan hanya tentang ibadah korban, tetapi tentang mendidik jiwa untuk memahami erti pengabdian sebenar kepada Allah SWT. Setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan pasti tidak akan sia-sia di sisi-Nya. Semoga kita semua mampu mengambil ibrah daripada pengorbanan para nabi dan menjadikannya panduan dalam menghadapi cabaran kehidupan dengan penuh reda dan tawakal.

Ya Allah, kuatkan iman kami, lapangkan hati kami untuk sentiasa melakukan kebaikan dan jadikan Aidiladha ini sebagai asbab turunnya rahmat, keberkatan serta kebahagiaan buat kami semua.

#amazingmainj#mainjprihatin