AMARAN PENIPUAN: PENYALAHGUNAAN LOGO MAINJ

posted in: Umum | 0

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai menyalahgunakan nama dan logo MAINJ bagi urusan pembekalan barangan. Sehingga kini, MAINJ telah menerima aduan kali kedua melibatkan pembekal yang telah menyediakan barangan untuk dihantar, namun pesanan tersebut dipercayai dibuat oleh individu yang menyamar sebagai wakil MAINJ.

Orang ramai, khususnya para pembekal, dinasihatkan supaya sentiasa membuat semakan dan pengesahan dengan MAINJ sebelum meneruskan sebarang urusan pembekalan atau penghantaran barangan. MAINJ tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian akibat urusan yang dibuat dengan pihak yang menyamar.

Sekiranya menerima sebarang pesanan atau permintaan yang meragukan menggunakan nama atau logo MAINJ, sila hubungi MAINJ melalui saluran rasmi untuk tujuan pengesahan.

Sila berwaspada dan jangan mudah terpedaya.