MUAR, 5 Ogos βSenyuman jelas terpancar pada wajah Mohd Ismail Adnan apabila menerima kunci rumah baharunya di Kampung Sungai Gersik Darat. Rumah yang dibina hasil pembiayaan dana zakat berjumlah RM100,000 yang berkeluasan 660 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air, serta direka berasaskan konsep Maqasid Syariah bagi menyediakan kediaman yang lebih selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Rumah tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh kira-kira 16 minggu sebelum diserahkan kepada penerima pada hari ini.
Program Jelajah Rumah Asnaf MAINJ bukan sekadar menziarahi penerima bantuan, malah menjadi medan untuk mendekati masyarakat, menyelami keperluan golongan asnaf serta memastikan setiap bantuan yang disalurkan benar-benar memberi manfaat kepada mereka. Menerusi pendekatan turun padang seperti ini, MAINJ dapat melihat sendiri perubahan yang dibawa hasil agihan dana zakat dalam meningkatkan kesejahteraan hidup penerima.
Orang ramai yang memerlukan bantuan di bawah skim Bantuan Bina Baharu Rumah boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang rasmi MAINJ di www.maij.gov.my atau mendapatkan borang permohonan di mana-mana kaunter pejabat daerah MAINJ di seluruh Negeri Johor.
#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin
https://www.facebook.com/share/14m6ZMFxkzF/?mibextid=wwXIfr



