Misi bantuan banjir Negeri Johor

posted in: Bantuan | 0

500 set keperluan Pasca Banjir sampai ke Dewan Orang Ramai Sri Medan Batu Pahat Johor selepas solat Jumaat tadi, pelbagai keperluan di bawa seperti toto, periuk nasi, dapur gas, set makanan, pampers, tikar, air mineral & lain-lain.

Alhamdulilah barang-barang ini di sumbang oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk mereka yang terkesan semasa banjir tempohari. InsyaAllah esok kami akan ke beberapa lokasi di Daerah Kluang untuk hantar & agihkan sebahagian dari sumbangan ini. Moga sedikit sebanyak beri kegembiraan buat mereka yang terkesan.

Hadir menyerahkan sumbangan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman & diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Tuan Haji Ismail Haji Abu.