Kembara Alharamain MAINJ: Tajaan Ibadah Umrah Kepada 10 Penerima Zakat

posted in: Umum | 0

Bermula 15 hingga 26 Januari 2025, seramai 10 peserta tajaan MAINJ berangkat menunaikan ibadah umrah. Daripada jumlah ini, 6 adalah penerima bantuan bulanan manakala 4 lagi merupakan muallaf.

Rombongan ini diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAINJ, Ustaz Zamri Kambari dan Saudari S. Aishah mewakili MAINJ, dengan kerjasama Tiram Travel.

Marilah kita bersama-sama mendoakan agar semua jemaah berada dalam kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan, dan memperoleh umrah yang maqbulah. Amin.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pembayar zakat. Dengan sumbangan anda, kita telah merealisasikan impian mereka yang kurang berkemampuan untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.

Hadir sama meraikan, Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ, Ustaz Muhammad Zakuan Ghazali.

#MainjPrihatin