Bantuan kepada 76 keluarga yang terkesan dengan banjir

posted in: Umum | 0

Kami ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pu Sze dan Dewan Bandaraya MBIP Johor Bahru bagi menyampaikan bantuan kepada 76 keluarga yang terkesan dengan banjir.

Alhamdulillah, sumbangan tunai daripada Majlis Agama Islam Johor, bersama kit kebersihan dan solat, telah kami serahkan kepada mereka yang memerlukan. Bantuan ini bukan sekadar tanda keprihatinan, tetapi juga harapan agar mereka terus kuat, tabah, dan bangkit menghadapi cabaran. Sesungguhnya, setiap ujian pasti ada hikmah yang menanti.

Hadir menyampaikan bantuan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid.

#MainjPrihatin