Alhamdulillah, satu lagi sinar harapan buat golongan asnaf.
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bersama YB Dato’ Haji Mohd Jafni Md Shukor, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, berganding bahu memastikan seorang asnaf mendapat tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.
Dengan keprihatinan kerajaan negeri dan sokongan MAINJ, asnaf ini kini berjaya ditempatkan di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR). MAINJ turut membantu dengan menyediakan deposit kemasukan rumah, meringankan beban penerima.
Bantuan ini bukan sekadar tempat berteduh, tetapi peluang untuk kehidupan yang lebih stabil dan sejahtera. Semoga ia menjadi titik perubahan buat penerima dan keluarganya.
MAINJ terus komited membantu asnaf menuju masa depan yang lebih baik.



