Selain peranan amil dalam mendekati pembayar zakat, MAINJ juga mempunyai amil yang bertanggungjawab mengenal pasti asnaf yang layak menerima bantuan.
Baru-baru ini, berdasarkan maklumat daripada orang ramai, kami bertemu dengan sebuah keluarga yang menumpang di tanah milik TNB. Ketua keluarga bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan RM1,300 sebulan, sementara mereka turut menerima bantuan JKM dan MAINJ berjumlah RM1,600 setiap bulan.
Dalam lawatan tersebut, kami mencadangkan agar keluarga ini dipindahkan ke rumah PPR bagi memastikan mereka dapat tinggal dalam persekitaran yang lebih selamat dan selesa. Kami juga telah menghubungi pihak penghulu untuk membantu dalam proses pemindahan mereka.
Sebagai tanda keprihatinan, Amil Agihan turut menyampaikan sumbangan tunai kepada keluarga ini.
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka dan membuka peluang kepada kehidupan yang lebih baik. MAINJ akan terus komited dalam menjalankan amanah membantu golongan yang memerlukan.



