Penyempurnaan Zakat Perniagaan oleh Kumpulan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB)
Sebagai manifestasi kebertanggungjawaban sosial dan keprihatinan terhadap golongan asnaf, Kumpulan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) menunaikan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).
Penyerahan zakat ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Radzi bin Haji Mohd Amin, Pengarah Eksekutif PUJB, dan diterima oleh Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ.
Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin keberkatan dalam perniagaan serta memberi manfaat besar kepada golongan yang memerlukan, selari dengan matlamat zakat dalam memperkasakan kesejahteraan ummah.

