Semalam, kami bawa 50 keluarga di Daerah Muar untuk membeli barang keperluan dapur. Alhamdulillah, mereka berpeluang memilih sendiri barangan yang diperlukan, dengan peruntukan RM300 bagi setiap keluarga.
Menjelang Ramadan yang mulia, pastinya setiap keluarga ingin menyambutnya dengan lebih tenang dan cukup keperluan. Namun, bagi sebahagian mereka, beban kewangan menjadi satu ujian yang berat. Melihat senyuman mereka ketika membawa pulang barang keperluan benar-benar menginsafkan—betapa sedikit bantuan mampu memberi makna besar dalam hidup mereka.
Turut hadir dalam program ini Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, ADUN Simpang Jeram, YB Tuan Haji Nazri Abdul Rahman, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Muar, Ustaz Mohammed Adzrul Taib & Ketua Pimpinan setempat.
Semoga Ramadan kali ini membawa lebih keberkatan buat mereka, dan moga kita semua terus diberi kekuatan untuk berkongsi rezeki dengan yang memerlukan.





