Serahan Bantuan Persekolahan 2025 di Sekolah Kebangsaan Polis Kem, Kulai telah berlangsung dengan jayanya, memberi manfaat kepada 54 pelajar yang menerima bantuan tunai RM200 setiap seorang, melibatkan perbelanjaan sebanyak RM10,800.
Secara keseluruhan, seramai 59,656 pelajar di seluruh negeri Johor telah menerima Bantuan Persekolahan ini, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM11.9 juta Inisiatif ini bertujuan meringankan beban keluarga dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.



