Agihan bantuan persiapan Aidilfitri

posted in: Bantuan | 0

Kami telah memulakan agihan bantuan persiapan Aidilfitri kepada golongan asnaf di seluruh Johor. Ketua keluarga asnaf fakir menerima RM500, manakala asnaf miskin menerima RM400. Setiap tanggungan turut diberikan RM50 bagi meringankan beban menjelang hari raya.

Agihan ini memastikan kebajikan asnaf terpelihara agar mereka dapat menyambut Syawal dengan lebih bermakna.