Majlis ramah mesra ini telah berlangsung dalam suasana mesra dan harmoni. Program ini bertujuan untuk mendekati serta menyelami realiti perniagaan harian yang dihadapi oleh para peniaga setempat, di samping memperkukuh hubungan silaturrahim antara pihak berautoriti agama dan komuniti perniagaan tempatan.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, yang turut berkongsi nasihat dan panduan berkaitan etika perniagaan dalam Islam serta kepentingan zakat perniagaan sebagai satu bentuk penyucian harta.
Diharapkan sesi seumpama ini dapat terus menjadi jambatan penghubung yang erat antara institusi agama dan masyarakat, khususnya golongan usahawan, demi kesejahteraan ummah secara menyeluruh.









