Doa dan Restu Mengiringi Perjalanan Rombongan Haji Kerajaan Johor

posted in: Umum | 0

YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, pagi ini meluangkan masa bagi meraikan keberangkatan kumpulan kedua jemaah Haji tajaan Kerajaan Negeri Johor ke Tanah Suci Mekah.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan pemimpin utama negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, EXCO Kerajaan Johor, Mufti Negeri Johor, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Pengarah JAINJ, Pengarah Tabung Haji Wilayah Selatan, wakil rakyat setempat serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri.

Dalam suasana penuh barakah, Dato’ Onn Hafiz menasihatkan para jemaah agar sentiasa menjaga kesihatan dan memanfaatkan sepenuhnya peluang beribadah di tanah suci dengan penuh keikhlasan. Beliau turut memohon agar doa-doa terbaik dipanjatkan buat rakyat Johor, negeri tercinta dan seluruh negara.

Semoga para jemaah dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, dan kembali dengan haji yang mabrur. Aamin.