Kunjungan hormat Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP)

posted in: Asnaf, Umum | 0

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkasa golongan asnaf, khususnya fakir dan miskin di negeri Johor.

Perbincangan tertumpu kepada peluang kerjasama dalam bidang latihan dan pembangunan kemahiran sejajar dengan keperluan industri, khususnya dalam sektor minyak dan gas. INSTEP memaklumkan bahawa sebanyak 25,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi akan diwujudkan di Pengerang, yang kini berkembang pesat sebagai salah satu hab industri hiliran minyak dan gas negara.

Kerjasama ini dilihat mampu membuka ruang kepada golongan asnaf untuk keluar daripada kepompong kemiskinan melalui penyertaan dalam program latihan kemahiran yang berimpak tinggi dan menjurus kepada penempatan pekerjaan dalam industri strategik negara.