Sejak 2014, MAINJ telah menyediakan 91 unit Rumah Transit Asnaf sebagai perlindungan sementara buat individu atau keluarga yang berdepan kesukaran mendapatkan tempat tinggal. Semalam, kami merasmikan penambahan 10 unit baharu di PPR Sungai Tiram, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 91 unit.
Inisiatif ini bukan sekadar tempat berteduh, tetapi ruang untuk menyusun semula kehidupan, mencari pekerjaan dan membina masa depan. Segala kos sewa dan utiliti ditanggung oleh MAINJ agar penghuni dapat fokus memulihkan kehidupan mereka.
Kini, seramai 63 penghuni masih menetap di rumah transit MAINJ di Johor Bahru, Segamat, Tangkak, Muar dan Mersing. Inilah bukti keprihatinan kita dalam menjadikan Islam sebagai rahmat untuk semua.
Majlis ini disempurnakan oleh Sahibus Samahah YB Dato’ Haji Ahmad Faisal Mohammed Timbalan Mufti Negeri Johor dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ)









