Penyerahan zakat oleh Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad

posted in: Zakat | 0

Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad telah melaksanakan tanggungjawab menunaikan zakat korporat sebagai manifestasi komitmen terhadap kewajipan agama dan keprihatinan terhadap kebajikan asnaf.

Majlis penyerahan zakat disempurnakan oleh Pengerusi Koperasi, YBhg. Datuk Sabari Misran, dan diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Hasrin Kamal Hashim.

Usaha murni ini bukan sahaja menyumbang kepada pengukuhan ekonomi golongan asnaf di Johor, malah mencerminkan komitmen koperasi dalam memainkan peranan aktif ke arah pembangunan ummah. Diharapkan ia menjadi teladan kepada entiti korporat lain untuk turut serta menyempurnakan kewajipan zakat di negeri ini.