Sumbangan Kit Jenazah kepada Hospital Sultanah Aminah

posted in: Baitulmal | 0

Alhamdulillah… syukur pada Allah.

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) sampaikan sumbangan Kit Jenazah kepada Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Kit ini khas untuk bantu uruskan jenazah yang tiada waris atau tidak dituntut. Mereka yang mungkin tiada siapa di sisi saat akhir hayat. Tapi Allah Maha Penyayang… Dia tetap hantar orang untuk bantu.

Bila urus jenazah begini, rasa sebak sangat. Terfikir, satu hari nanti… kita pun akan kembali pada Allah. Waktu tu, siapa yang akan uruskan kita? Semoga ada insan yang baik, yang jaga maruah dan kebajikan kita sebagaimana kita bantu orang hari ini.

Terima kasih kepada pihak hospital yang sentiasa bekerjasama. Semoga Allah terima usaha kecil ini sebagai saham akhirat. Jom kita terus buat kebaikan, bantu sesiapa saja yang Allah hadirkan dalam hidup kita. Semoga kita semua meninggal dunia dalam husnul khatimah. Ameen ya Rabb.