Kewajipan Zakat Emas Perhiasan

posted in: Zakat | 0

Tahukah anda?

Emas perhiasan yang dipakai harian juga tertakluk kepada zakat jika melebihi kadar uruf yang ditetapkan.

Apa Itu Uruf?

Uruf ialah had kebiasaan pemakaian emas yang tidak dikenakan zakat.

🔸 Uruf di Johor: 425 gram

🔸 Harga semasa emas: RM460/gram

Jika jumlah emas yang anda pakai melebihi 425g, maka lebihannya wajib dizakatkan sebanyak 2.5%.

💡 Contoh Pengiraan:

Jumlah emas dipakai walau sekali dalam tempoh setahun: 500g Uruf Johor: 425g

🔸 Lebihan: 75g

🔸 Nilai: 75g x RM460 = RM34,500

🔸 Zakat: RM34,500 x 2.5% = RM862.50

Tunaikan zakat emas perhiasan anda bersama MAINJ.

#kempenzakatemas

#1gram1amanah