Syukur dapat santuni 50 orang asnaf dalam Program Belanja Dapur Asnaf & Penyerahan Kad Takaful Khairat Agrobank Daerah Kluang.
Setiap keluarga kami peruntukkan RM300 untuk barangan dapur – sekurang-kurangnya dapat ringankan beban buat seketika.
Tengok wajah mereka, gembira rasa… dan yang paling menyentuh… bila mereka terima kad takaful. Sekurang-kurangnya, ada perlindungan untuk keluarga jika berlaku sesuatu yang tak diingini.
Terima kasih semua yang mendoakan dan menyokong. Moga Allah terima usaha kecil ini.
Bila kita beri, bukan kita yang bantu mereka…
Tapi merekalah yang bantu kita dekatkan diri dengan Allah.
#MainjPrihatin
#mainj100tahun











