Penyampaian mock cheque sumbangan bantuan kewangan pasca pembersihan banjir berjumlah RM150,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja) oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, kepada Yang Berhormat Dato’ Haji ‘On bin Jabbar @ Ja’afar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan) yang mewakili Southern Volunteers.
Sesi ini turut disaksikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, dan diadakan di Tapak Perkhemahan Southern Volunteers sempena Majlis Pembukaan Rasmi Sukan Bangsa Johor 2025 di Tunku Mahkota Ismail Youth Centre, Muar.

