Alhamdulillah, semua kontinjen negeri telah selamat tiba di Johor bagi menyertai Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan 2025.
Turut hadir meraikan peserta Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Penasihat MAINJ, YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Nasri Md Ali, Timbalan Mufti Johor, Sahibus Samahah, YB Dato’ Haji Ahmad Faisal Mohamed, serta Timbalan Ketua Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR) Tuan Haji Md Ramzi Ishak.
Insya-Allah, pada 15 hingga 18 Julai ini, Johor akan menjadi tuan rumah bagi program Kembara Zakat Kebangsaan.
Semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) dari seluruh Malaysia akan berhimpun di Johor bagi menyertai program ini.
Pelbagai pengisian menarik telahpun disusun di beberapa lokasi terpilih sepanjang program berlangsung.
Sama-sama kita doakan semoga program ini dipermudahkan urusannya, diberkati Allah SWT, dan memberi manfaat besar kepada asnaf. Amin.
#konvoizakatkebangsaan2025
#mainj100tahun










