Majlis menyaksikan Perasmian Projek Perusahaan Sambal di bawah Pelan Pembangunan Asnaf 2.0, melibatkan 10 orang peserta asnaf terpilih. Pelbagai produk sambal hasil tangan mereka diperkenalkan dalam projek ini, yang telah membantu mereka menjana pendapatan sendiri dan menambah pendapatan keluarga melalui jualan produk.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Penasihat MAINJ, YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot.
Selain itu, kami turut melawat ke pejabat Media Digital Annur (Radio MAINJ), yang menjadi platform penting dalam menyampaikan dakwah, pendidikan dan kesedaran masyarakat tentang zakat serta pelbagai usaha dakwah.
Sama-sama kita sokong produk-produk usahawan MAINJ, demi membantu mereka memperbaiki taraf hidup keluarga!
Dan teruskan mengikuti siaran Radio MAINJ & Media Digital Annur untuk maklumat terkini tentang program-program kebajikan dan pembangunan ummah.












