Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan 2025 melabuhkan tirainya dengan satu Majlis Penutupan dan Penghargaan Kembara Zakat Kebangsaan 2025. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), YBhg. Dato’ Selamat Paigo, dengan kehadiran istimewa Sohibus Samahah Timbalan Mufti Negeri Johor, YB Dato’ Haji Ahmad Faisal Mohamed.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dihulurkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan konvoi ini, khususnya Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) dari seluruh negeri. Antara yang terlibat ialah:
- Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
- Pusat Zakat Melaka (Zakat Melaka)
- Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)
- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
- Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)
- Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM)
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – Bahagian Penyiaran (JAKIM)
- Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK)
- Zakat Pulau Pinang (ZPP)
- Pusat Kutipan Zakat Pahang (PKZP)
- Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk)
- Lembaga Zakat Selangor (LZS)
- Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)
- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Kelantan (MAIK)
- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
Turut sama membantu melancarkan perjalanan konvoi ialah pihak keselamatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), serta sokongan padu daripada rakan-rakan media seperti Best FM, Annur Digital dan Media Digital Johor.
Konvoi ini bukan sahaja menyatukan agensi-agensi zakat di seluruh negara, malah menjadi platform memperkukuh ukhuwah, menyemarakkan semangat kebajikan dan menyampaikan mesej kepentingan zakat kepada umat Islam di seluruh pelosok tanah air.
#KonvoiZakatKebangsaan2025
#MAINJ100Tahun






















