Ziarah ke Kg Belemang Serom, Tangkak menemui Ibu Masiah Hisam yang sedang diuji dengan barah rahim.
MAINJ menyerahkan sumbangan berjumlah RM33,500.00 sebagai fasa pertama rawatan kimoterapi, sumbangan disampaikan oleh YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
InsyaAllah bantuan susulan akan diteruskan selepas rawatan ini selesai. Sama-sama kita doakan agar beliau kembali sihat dan kuat seperti biasa.

#MainjPrihatin #mainj100tahun #terimakasihpembayarzakat