Salam Maulidur Rasul 1447H/2025
“Membangun Ummah, Maju Johor”
MAINJ mengambil bahagian dalam perarakan dan acara sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri, menghayati sirah serta perjuangan Rasulullah SAW.
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor 1447H/2025M di Kluang berlangsung penuh meriah dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Perarakan ini menampilkan kontinjen daripada pelbagai jabatan kerajaan, institusi pendidikan dan agensi, termasuk 45 peserta daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang turut berbaris, sekali gus mempamerkan semangat kecintaan dan penghormatan umat Islam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
#MaulidurRasul1447H


