65 orang pelajar Johor ke Mesir

posted in: Umum, Zakat | 0

Alhamdulillah, seramai 65 orang pelajar ke Mesir telah selamat berlepas pada jam 9.30 pagi tadi melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Semoga Allah SWT mempermudah urusan mereka, melindungi sepanjang perjalanan, serta memberkati ilmu yang bakal ditimba di bumi anbiya’.

Moga mereka memanfaatkan sepenuhnya amanah dana ZAKAT yang diterima, menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan, dan kembali kelak sebagai insan yang berbakti kepada agama, bangsa, negeri dan negara.

Alhamdulillah, para pelajar Johor selamat tiba di bumi Mesir pada jam 6.00 petang waktu Mesir, bersamaan sekitar jam 11.00 malam waktu Malaysia.

Semoga langkah awal di tanah ilmu ini menjadi permulaan yang penuh keberkatan dan kejayaan.

Pelajar disambut mesra oleh Atase Pendidikan Johor Mesir, Ustaz Firdaus bin Omar.