24 pelajar Johor tajaan MAINJ telah berlepas ke Jordan bagi melanjutkan pengajian

posted in: Umum, Zakat | 0

Pada jam 8.55 malam tadi, seramai 24 pelajar Johor tajaan MAINJ telah berlepas ke Jordan bagi melanjutkan pengajian.

Perjalanan mereka ini menjadi bukti bagaimana sumbangan ZAKAT dimanfaatkan untuk melahirkan generasi berilmu yang mampu memberi manfaat kepada ummah.

MAINJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pembayar ZAKAT yang telah menunaikan kewajipan mereka sehingga dapat menyokong pendidikan anak-anak Johor ke persada antarabangsa.

Turut hadir, Ustaz Muhammad Sanusi bin Md Noh, Pendaftar Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim, Ustaz Muhammad Zakuan bin Ghazali, Penolong Pengarah Agihan Zakat MAINJ bersama pegawai-pegawai yang lain.