Program Minum Petang Bersama Usahawan Zakat Korporat
Majlis disempurnakan oleh YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
Turut hadir, Tuan Haji Nasri bin Md Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, bersama Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Majlis turut diserikan dengan penyertaan 12 syarikat yang terlibat dalam penyerahan zakat perniagaan, di samping 3 penyerahan sumbangan kepada rumah kebajikan serta penghargaan kepada Amil Zakat Fitrah.




#MainjPrihatin
#mainj100tahun