MAINJ turut serta Johor Business Summit & Expo 2025

posted in: Umum | 0

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut serta sebagai pempamer dalam Johor Business Summit & Expo 2025 (JBSE 2025) yang berlangsung selama dua hari di Persada Johor Bahru.

Penyertaan ini menzahirkan peranan MAINJ sebagai ahli gabungan Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor, dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan negeri Johor.

MAINJ berharap kehadiran ini dapat memberi pendedahan kepada para usahawan mengenai peluang dan ruang keusahawanan yang disediakan melalui program-program MAINJ.

Hadir sama, Ketua Pengawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Mohd Radzi bin Haji Mohd Amin (K.B.P;A).