Majlis Pelancaran Barakah Zakat 2025 disempurnakan oleh YB Dato’ (Dr.) Haji Nooh Gadot, Penasihat MAINJ. Bertemakan “Melakar Harapan, Mencipta Perubahan,” pelancaran ini menandakan permulaan gerakan untuk memperkukuh budaya berzakat dalam kalangan masyarakat Johor.
Kempen ini mengajak seluruh Bangsa Johor untuk menjadikan zakat sebagai nadi kebersamaan dan pemangkin perubahan sosial. Setiap ringgit zakat adalah harapan yang dilakar demi kehidupan asnaf yang lebih baik, dan negeri Johor yang lebih diberkati.
Tema ini mencerminkan aspirasi MAINJ untuk terus memperkukuh ekosistem zakat yang bukan sahaja menumpu kepada kutipan, tetapi juga kepada keberkesanan agihan dalam membina kehidupan asnaf yang lebih sejahtera dan berdaya maju.
Melalui kempen Barakah Zakat 2025, masyarakat diajak bersama menjadikan zakat sebagai wahana keberkatan menghubungkan rezeki, menyatukan hati, dan mencipta perubahan yang bermakna buat ummah.






