Sumbangan kepada agensi kesihatan

posted in: Bantuan | 0

Semasa Pelancaran Barakah Zakat semalam, kami turut menyampaikan sumbangan zakat kepada dua agensi kesihatan:

🏥 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru menerima sumbangan sebanyak RM137,000 bagi pembelian Radiant Warmer & Resuscitation, iaitu peralatan penting di bilik bersalin atau NICU untuk mengekalkan haba, membantu proses resusitasi, dan menstabilkan bayi baru lahir dengan cepat.

❤️ Institut Jantung Negara (IJN) pula menerima sumbangan berjumlah RM5 juta bagi tempoh sehingga tahun 2029, khusus untuk menampung kos rawatan pesakit Johor yang kurang berkemampuan.

Alhamdulillah, semakin ramai yang mendapat manfaat daripada hasil kutipan zakat yang kita tunaikan bersama.