Program AI SmartPreneur Usahawan MAINJ memberi peluang kepada 25 usahawan untuk mengenal dan meneroka bagaimana teknologi AI boleh membantu mereka mengukuhkan strategi pemasaran dan jualan.
Melalui program ini, peserta belajar cara menggunakan aplikasi AI untuk menguatkan jenama, promosi dan meningkatkan hasil jualan produk mereka.
Di MAINJ, bukan semua bantuan diberi dalam bentuk tunai — ada yang kita bantu melalui kursus kemahiran dan kelengkapan perniagaan, supaya mereka dapat terus berdikari dan menjana pendapatan sendiri.
“Barakah Zakat, Melakar Harapan, Mencipta Perubahan”
