Kami menyalurkan RM330,000 kepada 12 hospital di seluruh Negeri Johor melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP).
Tujuan sumbangan ini adalah untuk memudahkan bantuan di hospital disalurkan kepada mereka yang memerlukan dengan lebih cepat dan teratur.
Fokus bantuan meliputi:
Menyokong bil serta keperluan rawatan kritikal.
Membiayai peralatan perubatan sokongan berskala kecil dan sederhana.
Bantuan logistik pesakit mengikut keperluan kes.
Memperkukuh tadbir urus dan pelaporan bersama JKSP.
Semoga ikhtiar kecil ini membawa kelegaan besar kepada pesakit yang sedang diuji.
