MAINJ memperuntukkan RM2.43 juta bagi pelaksanaan Program Gerobok Rezeki Johor.

posted in: Baitulmal | 0

Untuk fasa ini, keperluan asas makanan ditempatkan di 118 buah masjid utama terpilih di seluruh negeri sebagai usaha memastikan bantuan sampai terus kepada mereka yang memerlukan dengan lebih cepat, mudah dan berkesan.

Antara barangan asas yang disediakan:

  • Beras
  • Tepung gandum
  • Gula
  • Minyak masak
  • Bihun

Insya-Allah, melalui inisiatif ini, masjid bukan sahaja menjadi pusat ibadah, tetapi turut berperanan sebagai pusat kepedulian ummah—tempat masyarakat mendapatkan sokongan segera ketika mereka memerlukan.

Program ini turut dilaksanakan melalui Wang Amanah Fidyah yang diuruskan oleh MAINJ, memastikan setiap amanah yang diserahkan oleh masyarakat dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak.

Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid.

#amazingmainj

#gerobokrezeki

Program ini dijayakan melalui kerjasama MAINJ bersama Syarikat Faiza Sdn. Bhd., yang menyumbang pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, tepung, bihun, gula dan minyak masak.