Inisiatif Program Dapur Kasih Johor 2026, dengan kerjasama Pejabat Daerah di seluruh Negeri Johor, bakal memberi manfaat kepada 4,515 Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah e-kasih.
Setiap penerima akan menerima bantuan belanja dapur sebanyak RM100 setiap bulan selama setahun.
Bagi menjayakan program ini pada tahun 2026, MAINJ memperuntukkan sebanyak RM5.4 juta sebagai komitmen berterusan memastikan kebajikan golongan yang benar-benar memerlukan terus menjadi keutamaan.
Sumber peruntukan: Wang Amanah Fidyah
#amazingmainj
#MainjPrihatin
#BAITULMAL









