Program pemberian makan tengah hari kepada pelajar asnaf yang mengikuti kelas tambahan sebagai persediaan sebelum peperiksaan SPM telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Melalui sumber dana Fidyah, MAINJ telah menyalurkan sebanyak RM2.5 juta, melibatkan 276 pusat peperiksaan dan 12,024 pelajar sebagai penerima manfaat.
Setiap pelajar menerima penyediaan makanan bernilai RM7.00 sehari selama 30 hari, bagi memastikan mereka kekal bertenaga dan bersedia sepenuhnya sebelum menduduki peperiksaan.
Moga semua anak-anak ini dipermudahkan urusan dan berjaya cemerlang dalam SPM.
#amazingmainj
#MainjPrihatin
#BAITULMAL
