MAINJ menyumbang sebanyak RM200,000 kepada Kerajaan Negeri Johor melalui Tabung Pengurusan Bencana Negeri sebagai persediaan awal sekiranya Johor berdepan situasi banjir. Moga sumbangan ini dapat membantu memudahkan persiapan dan keperluan mangsa serta pasukan yang bertugas nanti.
Penyerahan dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Mohd Radzi bin Haji Mohd Amin, dan diterima oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah bin Abd. Rahman, sambil disaksikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Pengurusan), YB Dato’ Haji Ismail bin Abu.
Moga Allah jauhkan Johor daripada ujian, mudahkan segala urusan, dan lindungi semua. Aamiin.
#amazingmainj
#MainjPrihatin
#barakahzakat2025
#bayarzakatsebelum31disember



