Tahniah!

posted in: Umum | 0

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Dato’ Dr. Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, atas penganugerahan Halal Leadership Excellence Award di World Halal Excellence Award 2024.

Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan, ketokohan serta sumbangan besar beliau dalam memperkasa ekosistem halal di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa. Keilmuan, pandangan strategik serta komitmen YB Dato’ dalam memartabatkan industri halal telah membuka ruang kerjasama, pembangunan modal insan dan inovasi yang memberi manfaat kepada umat Islam dan masyarakat keseluruhannya.

Majlis Agama Islam Negeri Johor amat berbangga dengan pengiktirafan ini, dan mendoakan agar YB Dato’ terus diberi kekuatan dalam meneruskan usaha dakwah, kepimpinan dan pembinaan tamadun halal yang berdaya saing, progresif dan mampan.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk terus melakar kecemerlangan dalam memartabatkan sistem halal dan syiar Islam.

#amazingmainj

#mainjprihatin

#mainj100tahun