Alhamdulillah, misi kebaikan diteruskan. Tahun ini kami akan menjelajah ke tiga daerah — Kota Tinggi, Kulai dan Kluang — bagi menyantuni keluarga asnaf serta memastikan bantuan sampai kepada yang memerlukan.
Sepanjang jelajah, kami hadir dengan pelbagai aktiviti kebajikan — serahan bantuan, khidmat nasihat zakat dan libat urus bersama komuniti.
Majlis pelepasan telah disempurnakan oleh Timbalan Mufti Johor, SS YB Dato’ Haji Ahmad Faisal Mohammed, sebagai simbolik bermulanya perjalanan penuh barakah ini.
Semoga setiap langkah membawa lebih banyak senyuman, lebih banyak keberkatan, dan lebih ramai keluarga yang terbela.
#amazingmainj
#barakahzakat2025
#jelajahzakat
#bayarzakatsebelum31disember



