Program Jelajah Barakah Zakat 2025 -Daerah Kota Tinggi

posted in: Bantuan, Umum | 0

Pagi tadi, sempena Jelajah Barakah Zakat, kami singgah ziarah para nelayan dan hulurkan sumbangan tunai serta bakul makanan kepada 5 asnaf nelayan di jeti Tanjung Sedili. Sempat juga kami naik bot pusing sekitar persisir sungai sambil tengok tempat-tempat menarik di kawasan sekitar.

Program diteruskan di Dewan Tanjung Sedili dengan suasana meriah bersama masyarakat tempatan. Antara aktiviti yang dijalankan:

-Raikan 50 penerima bantuan dapur asnaf sempena Jualan Rahmah

-Sampaikan bantuan pendidikan

-Hadiahkan anak-anak yang turut serta pertandingan mewarna

-Terima zakat daripada 3 pembayar yang hadir

Turut sama memeriahkan program

Ahli Majlis MAINJ YB Dato’ Aman Rabu, Tuan Haji Md Buranuddin Haji Tibek, serta ADUN Sedili YB Tuan Muszaidi Makmor.

Alhamdulillah, semoga setiap sumbangan yang disalurkan membawa senyuman dan keberkatan kepada semua.

#amazingmainj

#barakahzakat2025

#jelajahzakatjohor