Makluman: Penutupan sementara MAINJ, Daerah Segamat

posted in: Umum | 0

Dimaklumkan bahawa Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Daerah Segamat akan ditutup sementara bagi pelaksanaan kerja-kerja pemindahan ke pejabat baharu bermula 12 Disember 2025 (Jumaat) hingga 15 Disember 2025 (Isnin).

Sepanjang tempoh ini, semua urusan perkhidmatan di pejabat berkenaan akan dihentikan sementara dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 16 Disember 2025.

Walau bagaimanapun, pembayaran dan permohonan bantuan masih boleh dilakukan melalui laman sesawang rasmi https://epayment.maij.gov.my

Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama para pelanggan.