Majlis Bantuan Persekolahan daripada MAINJ

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

SIMPANG RENGAM– Seramai 1,034 orang pelajar daripada sembilan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di DUN Machap menerima Bantuan Persekolahan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM155,100.00.

Majlis serahan bantuan diadakan di Dewan Terbuka JKKK Kampung Baru, Simpang Rengam dan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

YAB Menteri Besar menekankan bahawa “Bantuan Persekolahan bukan sahaja diberikan kepada pelajar, tetapi setiap bilik guru di negeri Johor turut dibantu bagi memastikan guru-guru berada dalam keadaan selesa. Selain itu, bantuan makanan turut disediakan untuk pelajar-pelajar SPM”.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Mohd Radzi Mohd Amin, Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf, Tuan Haji Azlan Abdullah, serta Amin Baitulmal Daerah Kluang, Ustaz Norhisham Md Sawal.

Program ini diharap dapat meringankan beban kewangan ibu bapa dan menyokong kelangsungan pendidikan para pelajar di negeri Johor.

#amazingmainj

#MainjPrihatin

#mainj100tahun

#barakahzakat2025