Kami himpunkan 150 orang asnaf, mereka datang dengan anak-anak dan keluarga, sama-sama selepas Maghrib baca Yasin dan tahlil, kemudian kami hadiahkan doa khas buat semua pembayar zakat/wakaf.
Doa sederhana, namun lahir dari hati yang benar-benar memerlukan. Moga setiap ringgit zakat yang ditunaikan dibalas Allah dengan rezeki yang berkat, dipermudahkan segala urusan, diluaskan kesihatan dan ditenangkan jiwa.
Terima kasih para pembayar zakat. Doa kami sekeluarga asnaf mengiringi tuan-puan, dari yang menerima untuk semua yang memberi.
Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Perdana khusus untuk para pembayar zakat dan pewakaf serta penyampaian sumbangan fidyah telah diadakan di Surau Hajah Rokiah, Rumah Pangsa, Bandar Baru Kangkar Pulai.
#amazingmainj
#barakahzakat2025
#bayarzakatsebelum31disember










