MERSING – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) melalui MAINJ Daerah Mersing menyalurkan sebanyak 97 kit banjir kepada mangsa yang terjejas di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini.
Agihan bantuan tersebut melibatkan 97 Ketua Isi Rumah (KIR), merangkumi 37 KIR di PPS Air Tawar, 45 KIR di PPS Chiao Ching, dan 15 KIR di PPS Labong. Bantuan ini disalurkan bagi meringankan beban mangsa banjir serta memenuhi keperluan asas mereka sepanjang berada di PPS.
Setiap kit banjir yang diagihkan mengandungi kit solat dan kit mandian, antaranya sejadah, telekung, kain pelikat, kain batik, berus gigi dan ubat gigi, sabun mandian, syampu, tuala wanita serta tuala kecil.
MAINJ sentiasa komited memastikan kebajikan mangsa banjir terus terbela melalui penyaluran bantuan bagi meringankan beban mereka yang terjejas.
#amazingmainj
#MainjPrihatin
#mainj100tahun
#barakahzakat2025



