Pejabat MAINJ Daerah Segamat mula beroperasi sepenuhnya

posted in: Umum | 0

Penyerahan penuh kerja bagi Projek Naik Taraf dan Pengubahsuaian Ruang Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Daerah Segamat telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Projek ini bertujuan meningkatkan keselesaan, keselamatan serta kecekapan ruang kerja demi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat setempat.

Majlis penyerahan kerja telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah Segamat, Ir. Muhamad Yusri bin Zainal, kepada Amin Baitulmal Segamat, Ustaz Khairul Anwar Isnin, sebagai tanda projek telah siap sepenuhnya mengikut skop yang ditetapkan.

Dengan siapnya projek ini, Pejabat MAINJ Daerah Segamat mula beroperasi sepenuhnya di ruang pejabat yang telah dinaik taraf mulai 16 Disember 2025. Penambahbaikan yang dilaksanakan diharap dapat mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai, selaras dengan komitmen MAINJ dalam memperkasakan tadbir urus dan kebajikan umat Islam di Negeri Johor.

#amazingmainj

#MainjPrihatin

#mainj100tahun

#barakahzakat2025