MAJLIS KERJASAMA AKADEMIK NEGERI JOHOR – UNIVERSITI AL-AZHAR MELALUI KUIJSI

posted in: Umum | 0

Satu kunjungan rasmi telah diadakan bagi memperkukuh kerjasama akademik antara Negeri Johor dan Universiti Al-Azhar melalui Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI), dengan fokus kepada jasa serta peranan Al-Azhar Al-Syarif sebagai institusi keilmuan Islam terunggul dunia.

Antara agenda utama yang dibincangkan ialah:

🔹 Pelaksanaan Program Hari Antarabangsa Al-Azhar Al-Syarif di Johor Darul Ta’zim

🔹 Pembangunan Program Akademik 3+2 (KUIJSI – Al-Azhar Al-Syarif)

Turut berlangsung Perbincangan Kerjasama Akademik Dua Hala yang menumpukan kepada:

▪️ Penghantaran pensyarah Al-Azhar Al-Syarif ke KUIJSI

▪️ Pelaksanaan penyelidikan bersama

▪️ Penganjuran seminar dan kolokium bersama

Kunjungan ini diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid dan disambut oleh Prof. Dr. Salamah Daud, Rektor Universiti Al-Azhar.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasa KUIJSI sebagai hab ilmu bertaraf antarabangsa melalui jaringan strategik bersama Universiti Al-Azhar Al-Syarif.

#amazingmainj

#MainjPrihatin