Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) telah menetapkan tiga kadar Zakat Fitrah bagi Ramadan tahun 2026M bersamaan 1447H, selaras dengan jenis beras yang menjadi makanan harian umat Islam di Negeri Johor.
Kadar yang ditetapkan adalah seperti berikut:
RM8.00 (Beras tempatan)
Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan harian seperti:
• Beras Super Special Tempatan
• Beras Rebus
• Beras Hancur
• Beras Perang
RM10.00 (Beras import)
Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan harian selain Super Special Tempatan (Beras Import) seperti:
• Beras Putih Import (Thailand)
• Beras Putih Import (Pakistan)
• Beras Putih Import (Vietnam)
• Super Special Import
• Thai Super Special
RM20.00 (Beras import istimewa)
Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan harian kategori import istimewa seperti:
• Beras Basmathi Import
• Beras Super Wangi
Kadar ini telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Fared Mohd Khalid bersempena majlis amanat kepada kakitangan di bawah portfolio agama.
#amazingmainj
#mainjprihatin
#fitrahjohor2026



