Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Tuan Haji Mohd Radzi bin Mohd Amin mengunjungi Pusat Kemahiran Jahitan MAINJ serta beramah mesra bersama tukang jahit di sini.
Pusat ini diwujudkan khusus bagi menghasilkan pakaian sekolah agama untuk anak-anak asnaf. Kini pusat ini dilengkapi dengan 28 mesin jahit dan dikendalikan oleh 16 orang tukang jahit. Lebih menggembirakan, sebahagian daripada mereka juga terdiri daripada golongan asnaf yang diberi peluang menjana pendapatan sendiri.
Usaha ini bukan sahaja membantu menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak asnaf, malah membuka ruang peningkatan ekonomi dan kehidupan yang lebih baik buat para peserta. Semoga inisiatif ini terus membawa manfaat dan keberkatan kepada semua.
#amazingmainj
#mainjprihatin


