Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan / Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (MKJ)

posted in: Umum | 0

9 Februari 2026 bersamaan 21 Syaaban 1447H, berlangsung Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan / Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia (MKJ) Kali Ke-4 bertempat di Hotel Zenith, Putrajaya.

Mesyuarat menghimpunkan ketua-ketua jabatan dan wakil Majlis Agama Islam Negeri dari seluruh negara sebagai medan perbincangan dan penyelarasan hal ehwal Islam di peringkat nasional. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Radzi bin Haji Mohd Amin, selaras dengan komitmen MAINJ dalam memperkukuh kerjasama antara Majlis Agama Islam Negeri serta menyokong usaha penambahbaikan tadbir urus dan pengukuhan institusi Islam di peringkat kebangsaan demi kesejahteraan ummah.

#amazingmainj

#mainjprihatin